Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Khamis, Mac 13, 2014

TITAS : PENGERTIAN TAMADUN ISLAM

Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Terdapat pengertian tamadun menurut bahasa yang berbagai antaranya :

1. Bahasa Arab
Terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun dan hadharah. Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran (digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang, subur dan maju) dan hadharah (suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan) sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badawi

2. Bahasa Inggeris dan Latin
Istilah civilization berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia untuk membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya peringkat negara.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Secara umumnya Tamadun Islam adalah cetusan daripada memartabatkan Islam sebagai Al-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap selaras dengan fitrah manusia yang memberi penekanan kepada hubunagan manusia dengan manusia, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Alam.

Sebagai kesimpulan masyarakat Islam dikawal dan dilindungi oleh Allah dari segala aspek pemujaan kepada manusia dan kekuasaan selain dari Allah S.W.T. Anggota masyarakat menjadi tonggak kepada kecemerlangan tamadun dan selaras dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Ahad, Mac 02, 2014

Agama : Cara tunai solat taubat

1. Niat solat sunat Taubat. "Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
2. Rakaat pertama, surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun atau surah yang dihafal. Rakaat kedua, surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas atau surah yang dihafal.
3. Sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir), bacalah Tasbih berikut 40 kali:
"La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin."
4. Selepas memberi salam, perbanyakkan istighfar dan berdoa.

Mudah-mudahan Allah terima taubat kita.

Ahad, Disember 15, 2013

Peace for Palestine


"Kembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat Palestin"


Khamis, September 12, 2013

TITAS : PENGAJIAN KETAMADUNAN (CIVILISATIONAL STUDIES) DAN SEJARAH TAMADUN (HISTORY OF CIVILIZATION)

"History is for human self-knowledge ... the only clue to what man can do is what man has done. The value of history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is." Robin G. Collingwood (1946)

Sering berlaku khilaf dalam pemahaman antara pengajian ketamadunan dan sejarah tamadun. Ekoran daripada keadaan ini menuntut dijelaskan perbezaan dan pertalian atau hubung kait antara pengajian ketamadunan dengan sejarah tamadun? Penjelasan ini lebih-lebih lagi diperlukan kerana kajian ketamadunan harus dibina di atas asas epistemologi yang betul dan mengikut acuan dan berasaskan prinsip dan fundamental tertentu. Ini perlu bagi mengelakkan kecelaruan antara membincangkan tamadun sebagai suatu konsep dan tamadun sebagai suatu realiti sosial dalam sejarah manusia.

Sebagai satu bidang ilmu dan pengetahuan, pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak, manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun daripada segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemundurannya atau ringkasnya kajian mengenai masa lampau. Secara amnya pengajian ketamadunan tidaklah begitu terikat kepada batasan masa/zaman manakala sejarah tamadun lazimnya dibatasi oleh faktor masa.

Namun demikian perspektif ini tidak bertujuan mengasingkan pengajian sejarah tamadun dengan pengajian atau kajian ketamadunan. Ini kerana antara kedua-duanya tidak boleh malah tidak mungkin dapat dipisahkan. Tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi sesuatu subjek yang hampa, usang dan kosong seperti halnya dengan bakul yang tiada berisi. Oleh itu sejarah mesti selamanya menjadi komponen asas dalam kajian ketamadunan kerana melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dikembangkan. Di samping sejarah, komponen-komponen dan disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi komponen pentingnya termasuk agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi, seni dan kesusasteraan. Bahkan semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang manusia dan kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk di bawah ruanglingkup disiplin yang memperkukuhkan bidang kajian ketamadunan. Ertinya pengajian ketamadunan adalah suatu bidang yang sangat hidup, versatile, luas dan bersifat inter-disiplin serta pelbagai disiplin.

Secara teorinya pengajian ketamadunan, di samping bersifat inter-disiplin, merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa depan. Ringkasnya perbezaan antara pengajian ketamadunan dan pengajian sejarah tamadun hanyalah daripada segi fokus dan bukannya subjek. Cuma penjelasan ini diperlukan bagi membetulkan persepsi yang melihat kedua-dua pengajian ini adalah sama dan serupa.

Isnin, September 09, 2013

Islam : Adab bermunajat

Artikel ini dipetik daripada edaran suara jumaat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Bertarikh 6 hb September 2013 / 30 Syawal 1434H) Bil 34/2013 .

Khamis, Julai 25, 2013

Fix : Package ttf-me-quran is not available .....

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini aku cuba pasang perisian Zekr ke dalam komputer. Pemasangan berjalan lancar, tetapi bila nak guna (run) Zekr, selalu kuar ralat tentang pakej ttf-me-quran. Cara mudah hendak membaiki masalah ini ialah dengan memuat-turun fail tersebut dari sourceforge dibawah :
http://sourceforge.net/projects/zekr/files/
dan pasang sendiri pakej tersebut ke dalam komputer. Sekian :)

Ahad, Julai 14, 2013

Islam : Anda menghadapi masalah untuk mencari muka surat atau halaman sesuatu juz dalam Al-Quran?

Assalamualaikum ..

Kadangkala kita menghadapi masalah untuk mencari muka surat atau halaman sesuatu juz dalam Al-Quran. Sebagai contoh, juz 25 bermula muka surat berapa di dalam Al-Quran? Bagi mereka yang sudah mahir tentang Al-Quran tentu dengan mudah mencarinya. Tetapi bagaimana dengan orang yang baru berjinak dengan Al-Quran? Berikut adalah cara mudah untuk menentukan permulaan muka surat sesuatu juz berdasarkan kaedah matematik. Katakan kita hendak mencari muka surat berapa bermulanya juz 25

Contoh pertama : Juz 25
1) 25 -1 = 24 (tolak 1 adalah tetap)
2) 24 x 2 = 48 (darab 2 adalah tetap)
3) 48 diletakkan angka 2 dihujungnya => 482 (letak angka 2 adalah tetap)
4) Maka juz 25 bermula pada muka surat 482

Sekarang kita cuba dengan contoh yang lain pula iaitu mencari muka surat juz 13.

Contoh kedua: Juz 13
1) 13 - 1 = 12
2) 12 x 2 = 24
3) Letakkan angka 2 dihujung 24 => 242
4) Maka juz 13 bermula pada muka 242

Wallahhulam...Selamat mencuba

dipanjangkan info oleh: HJ. IDRIS MOHAMAD

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa Dan Beramal

Jumaat, Jun 07, 2013

Islam : Ringkasan Peristiwa Isra' dan Mikraj

Artikel ini dipetik daripada edaran suara jumaat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Bertarikh 6 hb Jun 2013 / 27 Rejab 1434H) Bil 22/2013 .

Khamis, Jun 06, 2013

ISLAM : LIMA PENGAJARAN UTAMA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Artikel ini dipetik daripada edaran suara jumaat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Bertarikh 31 hb Mei 2013 / 21 Rejab 1434H) Bil 21/2013 .

Jumaat, Mei 10, 2013

Islam : 9 Petua Capai Doa Mustajab

Artikel ini dipetik daripada edaran suara jumaat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Bertarikh 10 hb Mei 2013 / 29 Jamadil Akhir 1434H) Bil 18/2013 .

Jumaat, Mei 03, 2013

Islam : Allah SWT Penolong Hakiki

Artikel ini dipetik daripada edaran suara jumaat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Bertarikh 3 hb Mei 2013 / 20 Jamadil Akhir 1434H) Bil 17/2013 .