Sabtu, April 27, 2013

Promosi : Karnival Pasar Lambak FSKTM (UTHM)

Jumaat, April 26, 2013

Peribadi : Sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian

Assalamualaikum & salam sejahtera, Sedar atau tak... sudah masuk minggu pengajian ke-10. Cepat masa berlalu kan? Bila aku cuba imbas kembali pencapaian aku selama bergelar pelajar universiti ni, aku rasa pencapaian aku sangat lemah & teruk. Pengurusan diri aku sendiri pun berterabur. Sekian lama dapat aku rasa masa macam tak cukup buat aku.. Tapi bukankah masa berjalan mengikut kitarannya. setiap putaran dalam sehari mempunyai 24 jam. Mengapa pula aku rasa tak cukup..... Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini.

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Aku berazam untuk berubah. Aku nak dapatkan argreget pencapaian lebih dalam semester ini. Insya'Allah. Walaupun dah masuk minggu ke-10. Aku rasa belum terlewat lagi untuk aku berusaha bersungguh-sungguh. Nampaknya aku kena lipat gandakan usaha aku. Aku kena belajar dengan pecutan yang kuat. Yelah, takkan aku nak membazir masa kat universiti ni. Secara peribadi, aku tak pernah berpuas hati terhadap tempat aku belajar. Banyak yang tak kena. Tak perlulah aku buka pekung sendiri. Aku redhakan sahaja. Yang penting ialah diri sendiri. Dalam Al-quran pun ada sebut tentang masa dan nasib, kita kena berdoa, usaha, ikhtiar dan tawakal. Aku kena mencuba sedaya upaya aku. Semoga hari ini menjadi titik perjuangan yang penting buat diri aku. Wassalam ~

Isnin, April 22, 2013

TITAS : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Terdapat beberapa persoalan yang selalu berbangkit dalam polemik tentang tamadun dan ketamadunan. Antaranya, termasuklah persoalan yang sangat asas, misalnya, apakah tamadun? Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep tamadun? Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu tamadun? Atau, persoalan yang lebih umum sifatnya, seperti, apakah yang menjadi rujukan bagi menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya?

Persoalan-persoalan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ianya sudah sekian lama menjadi polemik dalam dunia pemikiran ketamadunan dan peradaban manusia. Debat mengenainya boleh ditelusuri seawal zaman Greek lagi apabila Plato mengemukakan konsep polis dalam karyanya The Republic yang merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat yang mencapai tahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan dalam rangka jalinan hubungan sosialnya. Di kalangan pemikir Islam, al-Farabi misalnya mengemukakan konsep al-madinah al-fadilah, manakala Ibn Khaldun mengemukakan umran badawi dan umran hadhari. Kesemua ini adalah bagi menjawab persoalan-persoalan yang berkisar di sekitar peradaban dan ketamadunan. Tujuannya tiada lain kecuali untuk memperjelaskan konsep dan makna peradaban dan ketamadunan itu dan seterusnya mengemukakan kerangka konseptualnya tentang apakah bentuk dan rupa peradaban dan tamadun yang diimpikan oleh manusia. 

Ruang lingkup perbahasan tamadun dan ketamadunan sememangnya cukup luas, seluas ruang lingkup kehidupan manusia itu. Bagi menjelaskan subjek yang luas ini, kita memerlukan suatu pendekatan yang dapat memandu memberi kefahaman yang lebih jelas tentang segi-segi penting dan elemen-elemen asas dalam proses pembinaan tamadun.

Bagi tujuan ini, pendekatan yang lebih wajar adalah memulakannya dengan mengenengahkan suatu gambaran umum tentang istilah-istilah yang lazim digunakan dalam perbincangan dan wacana ketamadunan. Penjelasan ini amat perlu kerana kegagalan memahami konsep-konsep atau istilah-istilah itu akan menyebabkan tersimpangnya pemahaman dan tersasarnya pandangan tentang tamadun dan ilmu ketamadunan itu. Ini secara langsung akan membolehkan seseorang mendapatkan intipati daripada konsep-konsep itu dan seterusnya membina pandangan dunia (world view) serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila membicarakan isu-isu ketamadunan dan peradaban secara khusus.

Kerangka rujukan ini penting kerana pengajian ketamadunan itu perlu di bina di atas asas epistemologi yang jelas dan bertitik tolak daripada premis yang disesuaikan dengan acuan pandangan dunia yang tertentu bersandarkan latar budaya, ideologi dan agama di mana ianya dibina. Matlamat daripada pembinaan dan kefahaman tentang pandangan dunia ini tidak lain daripada untuk menjanakan upaya intelektual bagi membolehkan ukuran bertamadun dan tidak bertamadunnya sesuatu masyarakat atau bangsa atau komuniti itu dibuat.  

Ringkasnya, untuk terlibat dengan perbahasan tentang tamadun dan ketamadunan, seorang itu perlu memahami dan  mengenal pasti apakah kriteria dan asas rujukan bagi menentukan tahap dan pencapaian sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunan yang dikemukakan samada klasik, moden maupun kontemporari. Pada masa yang sama ia juga mampu mengenal pasti dan dengan pengetahuan itu berupaya menggunakan acuan dan sistem nilai sendiri dalam menilai apa jua bentuk budaya dan peradaban yang datang dari luar.

Sabtu, April 20, 2013

Struktur Data : Carian Binari

 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
#include <stdio.h>
void binarySearching (int data[])
{
    int start=0, end=9, status=0, n, middle;
    printf("\n\n Integer to search :");
    scanf("%d",&n);
    printf("\n\t Index \tData");

    while((status!=1)&&(start<=end))
    {
        middle=(start+end)/2;
        printf("\n\t %d\t%d", middle,data[middle]);
        if(n==data[middle])
            status=1;
        else if(n<data[middle])
            end=middle-1;
        else
            start=middle+1;
    }

    if(status!=1)
        printf("\n\t Oppss..data not found!!\n");
}

int main(void)
{
    int array[9]={2,4,6,8,10,12,14,16,18,20};
    binarySearching(array);
    return 0;
}

Aktiviti : PA Perdana & ITC Code Hunt 2013

Blogspot : Menulis LaTeX dengan blogger

Assalamualaikum & salam sejahtera, Penulisan matematik amatlah penting untuk memahami sesuatu rumus. Blogspot tidak menyediakan sokongan LaTeX (tahukah anda apa itu? Sila kaji sendiri). Oleh itu kita perlu mengunakan alternatif lain yang bersesuaian.

Saya akan menggunakan JavaScript dan AJAX daripada laman sesawang mathjax.org untuk membantu saya menulis apa sahaja berkaitan matematik kedalam post blogger, sebagai contoh LaTeX: \[\sum_{k=1}^n k = \frac{n(n+1)}{2}\] Caranya mudah sahaja, masuk ke bahagian untuk mengedit tema blogspot masukkan kod (dibawah) sebelum tag < / head >
<script 
src='http://cdn.mathjax.org/mathjax/latest/MathJax.js?config=TeX-AMS-MML_HTMLorMML' 
type='text/javascript'
/>
Sekarang anda sudah boleh menulis matematik dengan menggunakan LaTeX ke dalam blog.. Wassalam.

Jumaat, April 19, 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Bismillahirahmanirahim, Selamat datang di ucapkan kepada semua para pelawat yang datang ke laman blog 0x2013LΣΣT. Pada hari yang bersejarah ini, aku hasilkan sebuah blog khas untuk catatan peribadiku.

Nama "0x2013LΣΣT" dipilih sebagai tajuk utama dan menggunakan subdomain blogspot sahaja.. belum ada niat nak host kan sendiri. Lagipun rasanya, yang percuma ni pun dah cukup bagus. Siapakah aku ? Baiklah, Aku bukanlah sesiapa pun, cuma manusia biasa dan teringin untuk berkongsi sebanyak mungkin untuk semua orang. Aku tak berminat hendak mencari nama atau mengejar populariti sebagimana mahasiswa, artis, blogger dan lain-lain lagi. Aku berharap semoga penulisan ini akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan berguna serta digunakan dengan se-eloknya.

Segala hasil kajian, luahan, nota dan sebagainya akan aku catatkan kedalam blog peribadi ini. Insya'allah sekiranya ada peluang dan masa akan aku cuba update sekerap mungkin...

 Setakat ini sahajalah penulisan ku buat kali ini...sekian~