Memaparkan catatan dengan label UTHM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UTHM. Papar semua catatan

Rabu, April 30, 2014

Lori muatan berat terbabas di persimpangan jalan besar parit raja, batu pahat, johor (Berhampiran UTHM)




29 April 2014, Parit Raja, Batu Pahat — Belum lagi reda dengan isu kenaikan harga yuran dan kekurangan pengangkutan bas, berlaku satu kemalangan melibatkan lori muatan berat yang terbabas memasuki laluan bertentangan di simpang empat berhampiran asrama UTHM iaitu kediaman perwira dan kediaman melewar.

Memang dasar orang tempatan kat sini tak memandu secara berhemah. Apa pendapat anda ?

Jumaat, Oktober 11, 2013

Audit: Projek UTHM tidak sempurna (Akhbar Sinar Harian - 9 Okt 2013)

NINA FARZUIN MD SHAROM
9 Oktober 2013.

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati pengurusan projek pembinaan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) adalah kurang memuaskan.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, ketiga-tiga projek membina masjid dan pusat Islam, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) serta kolam renang dan blok pentadbiran mengalami kelewatan sehingga kos pembinaan telah meningkat sebanyak 8.9 peratus daripada sejumlah RM78.48 juta kepada RM85.44 juta.

"Pembinaan masjid dan pusat Islam lewat disiapkan selama 547 hari, FPTP lewat selama 175 hari, blok pentadbiran lewat selama 484 hari manakala kolam renang masih belum diselesaikan.

"Laporan turut mendedahkan prestasi kerja kontraktor terlibat kurang memuaskan di mana hasil pembinaan kurang berkualiti dan reka bentuk serta spesifikasinya tidak bersesuaian," katanya.

Selain daripada itu, sebanyak 107 kecacatan dan kerosakan yang dilaporkan sehingga Oktober 2012 yang masih belum diambil tindakan oleh kontraktor.

Berdasarkan senarai kelemahan tersebut, Jabatan Audit Negara mengesyorkan supaya UTHM sentiasa memastikan kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna serta mencapai objektif pembinaan.

UTHM juga perlu membuat pemeriksaan menyeluruh dan memastikan semua kecacatan serta kerja pembinaan yang belum disiapkan diambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan kesilapan berulang.

Sumber : Akbar Sinar Harian

UTHM DNS ?



Isnin, Oktober 07, 2013

Akhbar UTUSAN 6 Okt 2013 - Titisan air mata iringi kejayaan anak yang telah tiada

MOHD. Noh Daliman (dua dari kiri) menyerahkan ijazah sarjana muda kepada Halimah@Noriah Dollah, ibu kepada Allahyarham Balqis Amira Mat Hasan pada Majlis Konvokesyen UTHM Ke-13 di Batu Pahat, semalam
BATU PAHAT 6 Okt. - Hanya doa dan titisan air mata mengiringi dua keluarga yang sepatutnya bergembira melihat kejayaan anak-anak mereka menggenggam skrol pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-13 di sini hari ini.

Bagi Rustam Jinis, 53, hasratnya untuk meraikan anaknya, Maisurah Rustam, 24, pada majlis konvokesyen tersebut tidak kesampaian apabila anak keempat daripada 12 beradik itu terlebih dahulu menghadap Ilahi akibat nahas jalan raya 23 Mei tahun lalu.

Menurutnya, arwah anaknya yang mengambil jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran dan Operasi) sedang menjalani latihan praktikal industri apabila terlibat kemalangan ketika menunggang motosikal ke pejabat di Paka, Terengganu.

"Perasaan saya ketika ini bercampur baur antara sedih, bangga dan juga sedikit terkilan kerana tidak sempat untuk meraikan kejayaan arwah pada hari ini.

"Namun, saya pasrah dengan ketentuan Ilahi kerana yakin apa yang berlaku ada hikmahnya," katanya dalam nada sebak selepas menerima ijazah arwah anaknya itu yang disampaikan oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk. Dr. Mohd. Noh Daliman di Bilik Kenamaan, Dewan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Rustam berkata, meskipun masih merasai kehilangan Maisurah, beliau sekeluarga tetap berbangga apabila seorang lagi anaknya, Bazilah, 22, berjaya menyambung pengajian dalam jurusan sama di UTHM kira-kira tiga minggu lalu.

Perasaan sama turut dirasai Halimah@Noriah Dollah, 63, ibu kepada Balqis Amira Mat Hasan, 26, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya tahun lalu.

Menurutnya, arwah anaknya yang merupakan anak kesembilan daripada 10 beradik meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Kuantan, Pahang pada 1 September tahun lalu ketika dalam perjalanan ke majlis perkahwinan sahabatnya.

"Arwah pernah melahirkan hasrat untuk menjadi jurutera suatu hari nanti, namun cita-citanya itu tidak kesampaian. Saya reda dengan ketentuan Ilahi," katanya

Sumber :
- http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131007/dn_16/Titisan-air-mata-iringi--kejayaan-anak-yang-telah-tiada

Isnin, September 30, 2013

KARNIVAL BUKU@UTHM 2013‏



Sabtu, September 14, 2013

Apa itu PSM ?

1) Pikir Sampai Muntah
2) Paling Saya Malas
3) Pelajar Suka Membaca
4) Perdulikan Semua Masalah
5) Pelajar Selalu Menangis
6) Projek Sampai Mati
7) Puas Saya Mencuba
8) Project Setiap Malam
9) Paling Susah Maaa..
10) Perlu Selalu Membaca
11) Paling Saya Menyampah
12) Pikiran Sudah Mental
13) Perlu Sabar Manyak2x
14) Pening Sampai Muntah
15) Projek Sakit Mental
16) Projek Sarjana Muda

PUISI PROJEK SARJANA MUDA (PSM)

hadirmu menjadi mimpi ngeri
asbab mindaku terkunci
Aku gelabah, aku gementar
Presentation PSM menapak rapat tanpaku sedar
Aku kaku, aku tepu
sendiri di ruang kalbuku.

Kerana kau PSM..
Aku menyelongkar Jurnal & thesis,
Namun aku masih buntu
mencari solution pada masalah yang kuhadapi

mengundang resah di kamar hati
lewat sedarku tersembam di lantai alpa.

Final Draft PSM
berdiri setapak di depan
menanti aku dengan senyuman
senyuman yang menerbitkan sinar tertekan
pada otak aku yang sedang bergetaran.

PSM
Membuat aku derita dan sensara
Pikir Sampai Mual
Paling Saya Malas
Pelajar Suka Membaca
Perdulikan Semua Masalah
Pelajar Selalu Menangis
Project Sampai Mati
Puas Saya Mencuba
Project Setiap Malam
Paling Susah Maaa..
Perlu Selalu Membaca
Paling Saya Menyampah
Pikiran Sudah Mental
Perlu Sabar Manyak2x
Pening Sampai Muntah
Project Sakit Mental

Isnin, September 09, 2013

Islam : Adab bermunajat

Artikel ini dipetik daripada edaran suara jumaat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Bertarikh 6 hb September 2013 / 30 Syawal 1434H) Bil 34/2013 .

Selasa, Ogos 27, 2013

Chromium (Linux) || UTHM Proxy

wondergirl@k-pop : ~ chromium-browser --proxy-server=proxy.uthm.edu.my:8080

Isnin, Ogos 19, 2013

Sakura @ UTHM

Kemalangan di Batu Pahat, Johor melibatkan treler dan kereta

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh bahagian tengah sebuah treler, dalam kejadian pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu berlaku di Kilometer 11, Jalan Besar Tongkang Pechah apabila sebuah treler yang keluar dari sebuah simpang gagal dielak mangsa.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Zaki, 30, berkata, dia yang menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya terdengar bunyi dentuman kuat.

"Selepas itu, saya dapati sebuah kereta Perodua Kenari telah merempuh treler yang keluar dari simpang.

"Dalam keadaan kelam kabut itu saya dimaklumkan oleh orang ramai bahawa pemandu kereta itu telah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian itu dan berkata mangsa Yeow Siang Boon, 25, disahkan meninggal akibat kecederaan yang serius.

Siasatan awal juga mendapati kereta berkenaan dipandu laju dan pada masa yang sama treler berkenaan keluar dari sebuah simpang, lalu gagal mengelaknya.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya, buat masa ini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan insiden berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini dipetik daripada Akhbar Sinar Harian.

Ahad, Julai 28, 2013

XSS : http://ptm.uthm.edu.my (Pegawai Teknologi Maklumat)

http://ptm.uthm.edu.my

Isnin, Julai 08, 2013

Linux : Arahan untuk memaparkan maklumat sistem operasi dan kernel

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca
0x2013@b0x ~ $ lsb_release -a
No LSB modules are available.
Distributor ID:  LinuxMint
Description:  Linux Mint 15 Olivia
Release:  15
Codename:  olivia

0x2013@b0x ~ $ uname -ri
3.8.0-25-generic x86_64

0x2013@b0x ~ $ tail /etc/lsb-release 
DISTRIB_ID=LinuxMint
DISTRIB_RELEASE=15
DISTRIB_CODENAME=olivia
DISTRIB_DESCRIPTION="Linux Mint 15 Olivia"
Saya agak malas hendak menulis entri hari ini. Perhatikan sahaja keseluruhan arahan yang saya jalankan pada terminal dan cuba fahamkan maksud yang saya ingin sampaikan. Wassalam ~

Sabtu, Julai 06, 2013

Linux : Cara menukar fail *.rpm kepada *.deb

Assalamualaikum & salam sejahtera, untuk memasang pakej fail *.rpm ke dalam distro berasaskan Debian, ianya mempunyai cara tersendiri. Disebabkan distro berasaskan Debian hanya menerima pakej fail *.deb sebagai pakej perisian maka sekiranya terdapat perisian khas tetapi telah di pakejkan dalam bentuk *.rpm maknanya anda perlu menukar fail tersebut terlebih dahulu.

Anda boleh menggunakan aplikasi "alien" untuk membantu tugas penukaran jenis pakej fail ini. Pasangkan dahulu ke dalam sistem operasi anda dengan arahan :
sudo apt-get install alien
Untuk menukar fail *.rpm kepada *.deb, caranya mudah sahaja (masukan arahan sebagai root):
sudo alien -k -d nama_fail.rpm 
Kemudian anda akan dapat lihat dalam direktori terbabit akan ada satu fail *.deb, anda boleh memasang fail tersebut seperti biasa iaitu :
sudo dpkg -i nama_fail.deb

Baiklah, itu sahaja buat kali ini. Wassalam ~

P/s : Aku tertanya-tanya, wujud ke pengguna sistem operasi linux kat UTHM ni? Kalau ada pun mesti jenis "hackers wannabe" (maksudnya orang yang guna Backtrack, Kali dan sebagainya untuk tujuan menggodam). Asyik-asyik layan sistem operasi Windows je aku nampak. Kalau yang kaya tu, layan sistem operasi Machintosh dalam macbook (tapi aku tengok macam n00b je diorg guna..haha). Apa pendapat anda?

Jumaat, Julai 05, 2013

Linux : Arahan untuk memadam direktori dan isi nya

rm -rf <nama direktori>

Rabu, Julai 03, 2013

Linux : Bersihkan pakej dan buang segala semak samun

sudo apt-get autoremove
sudo apt-get autoclean

Rabu, Jun 19, 2013

Peribadi : Peristiwa berdarah 17/06/2013

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada tarikh 17 Jun 2013 lepas adalah satu pengalaman yang tak akan aku lupakan sepanjang hayat. Peristiwa berlaku pada waktu awal malam. Aku telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di hadapan universiti. Aku cukup terkilan dengan masyarakat sekitar kawasan ini yang memandu secara melulu dan berbahaya serta tidak mengikut undang-undang jalan raya.

Pada malam ketika kemalangan itu berlaku, aku mengalami kecederaan dalaman dan luaran namun aku bersyukur pada-Nya kerana masih lagi bernafas sehingga hari ini. Mohon agar pihak kerajaan, pihak UTHM dan mana-mana pihak bertanggungjawab agak memikirkan kaedah untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku.

Akibat kecederaan dari kemalangan ini, aku tidak dapat untuk menumpukan tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan akhir semester dan tidak dapat tidur dengan selesa. Rasanya dengan kecederaan bergini, akan mengambil masa satu bulan untuk pulih. Sampai di sini sahaja dahulu, sekadar sedikit sebanyak bingkisan kehidupan. Wassalam ~

Khamis, Jun 13, 2013

Kedududukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dalam Carta Universiti Di Asia Antara 17 IPTA/S Yang Ada Di Malaysia (2013)

Ahad, Jun 09, 2013

TUTORIAL : STREAMING SALURAN TELEVISION DAN RADIO MELALUI UCiTV UTHM DENGAN PEMAIN VLC

Assalamualaikum & salam sejahtera, Semalam aku tanya member macam mana nak tengok TV atau radio pakai network UTHM punya streamming broadcast. Kemudian, member aku kongsikan satu panduan yang ditulis oleh siapa entah.. Agak lengkap jugak cuma sebenarnya ada banyak cara nak main stream ni. Asalkan ada perisian yang sokong MMS, pemain VLC salah satu yang boleh digunakan dan percuma. Apa-apa pun, tutorial yang ditulis sangat bermanfaat. Siap kasi playlist lagi..


Muat turun fail playlist UCiTV UTHM :
https://www.dropbox.com/s/09746609ih9c42i/UiCTV_UTHM.xspf


P/s : Lepas ni, boleh la layan kuliah agama yang secara langsung kat TV ..horeey :)

Jumaat, Jun 07, 2013

C : Menambah integer tanpa menggunakan operator "+"




#include<stdio.h>
int main()
{
    int a,b,hasil;
    printf("Masukan integer pertama: ");
    scanf("%d",&a);
    printf("Masukan integer kedua: ");
    scanf("%d",&b);
    hasil = a - ~b -1;
    printf("Hasil tambah kedua-dua integer :%d",hasil);
    return 0;
}

Teknik seperti ini tak ada di ajar pun dalam silibus kat dalam kuliah. Cuba fikir-fikirkan apa "rahsia" disebalik aturcara di atas. Orait! Wassalam~