Memaparkan catatan dengan label Pemasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemasaran. Papar semua catatan

Khamis, Januari 16, 2014

Pemasaran : Strategi

(1) Tetapkan Sasaran Pelanggan

[+] Lakukan kajian dan ambil tahu tentang umur, jantina dan latar belakang seperti hobi serta kerjaya.

[+] Lakukan kajian dengan membuat semakan pada insight page, google trends, google adwords, survey atau berbincang dengan rakan IM lain.

(2) Kaji Masalah Pelanggan


[+] Ambil contoh masalah kegemukan pelanggan yang bekerja seperti mereka tiada masa bersenam. Jadi, kita boleh jual produk kurus untuk memudahkan dan tarik perhatian mereka.

[+] Jangan lupa sertakan DISKAUN dah HADIAH PERCUMA sekali-sekala.

[+] Contoh mesej pemasaran yang boleh anda gunakan :

"Cara pelik tampil kurus tanpa bersenam dalam 2 minggu"

(3) Berikan Pek Percubaan Percuma

[+] Cara ini boleh digunakan untuk produk makanan ataupun kesihatan.

[+] Anda perlu letakkan syarat terlebih dahulu kepada prsopek untuk mewujudkan win-win situations seperti "anda perlu berikan saya nombor telefon 2 orang rakan anda untuk saya berikan pek percubaan ini secara percuma dengan segera".

[+] Kelebihan :

==> Luaskan kolam pelanggan
==> Jimatkan kos pengiklanan

(4) Berikan Kejutan Hadiah

[+] Di sini, anda dapat lihat betapa pentingnya mengumpul data pelanggan.

[+] Anda sebagai peniaga digalakkan memberikan kejutan hadiah ketika musim perayaan, hari lahir dan masa-masa yang difikirkan sesuai. Poskan hadiah berupa baucar atau pek percubaan produk baru anda.

[+] Kelebihan :

==> Anda lebih dihargai dan diingati
==> Perkhidmatan anda disebarkan dari mulut ke mulut dengan lebih cep

Pemasaran : Facebook

================================
1) Update Status Sekurang-kurangnya 3 Kali Sehari
================================

✓ Jika rajin, boleh update hingga 6 kali sehari.
✓ Waktu mujarabnya adalah di antara 9-10 pagi, 12-2 petang atau 6-8 malam.
✓ Pastikan status anda memberi manfaat terhadap bisnes orang lain.
✓ Pelbagaikan teknik penulisan status seperti softselling dan hardselling.
✓ Wujudkan pertandingan LIKE, SHARE, KOMEN agar post anda jadi lebih viral.
✓ Boleh juga sertakan link affiliate di akhir post tersebut (mana tahu boleh sangkut sales kan?)



===============================
2) Upload Gambar Menarik Berkaitan Produk Anda
===============================

✓ Dengan adanya gambar yang menarik, prospek akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau membeli terus produk anda dengan sekali pandang sahaja.
✓ Jangan letakkan harga produk terlebih dahulu.
✓ Jika prospek berminat, minta mereka komen “PM”. Di PM nanti barulah anda closing mereka kaw-kaw.
✓ Berikan juga tawaran yang tidak dapat ditolak (rebat, diskaun, freegift, jaminan pemulangan wang 100%).
✓ Jangan lupa ! Tonjolkan juga keunikan bisnes anda.



=========================
3) Tawaran Sertai Group Premium Anda
=========================

✓ Group premium boleh jade group pemasaran, group affiliate ataupun group dropship.
✓ Sertakan testimoni ahli group yang mengatakan group anda itu sangat membantu bisnes mereka.
✓ Letakkan syarat seperti “sanggup labur wang RMxx” untuk sertai group tersebut.
✓ Berikan juga beberapa freegift seperti ebook pemasaran Facebook jika mereka minat untuk sertai group anda.