Memaparkan catatan dengan label Stegno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stegno. Papar semua catatan

Jumaat, November 22, 2013

Stenografi : Ujian Paling Asas dan Mudah

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hari ini aku kongsikan bagaimana hendak membuat stegnografi asas ke atas suatu gambar. Untuk menggunakan teknik yang aku kongsikan ini, anda perlulah menggunakan linux. Terpulanglah nak pakai distro apa-apa pun, namun dicadangkan daripada variasi Debian seperti Debian itu sendiri, Kali Linux ataupun Ubuntu.

1. Pasang pakej steghide ke dalam sistem operasi linux anda
apt-get install steghide

2. Selesai pemasangan itu. Cari satu gambar untuk digunakan (sebagai contoh saya gunakan "amoi.jpg") dan buat satu file teks yang mengandungi teks tertentu (sebagai contoh saya buat fail "rahsia.txt" dan didalamnya tertulis maklumat saya). Kemudian, kita kumpil kan 2 bahan tersebut.
steghide embed -cf amoi.jpg -ef rahsia.txt
Sila masukkan katalaluan tertentu (reka je sendiri) untuk melindungi fail tersebut.

3. Siap, fail tersebut telah dipadukan (embed) bersama-sama. Jika anda perasan saiz fail gambar juga telah bertambah. Sekiranya anda ingin berkongsi gambar tersebut, sila mampatkan (compress) dan arkib menggunakan format .rar , .tar.gz , .zip dan sebagainya. Jangan lupa pula untuk berkongsi "katalaluan" anda untuk memudahkan orang lain membuka fail tersebut.

4. Untuk membuka fail tersebut. Masukkan arahan dibawah:
steghide extract -sf amoi.jpg

Semoga ilmu ini bermanfaat. Wassalam~