Rabu, Jun 19, 2013

Peribadi : Peristiwa berdarah 17/06/2013

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada tarikh 17 Jun 2013 lepas adalah satu pengalaman yang tak akan aku lupakan sepanjang hayat. Peristiwa berlaku pada waktu awal malam. Aku telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di hadapan universiti. Aku cukup terkilan dengan masyarakat sekitar kawasan ini yang memandu secara melulu dan berbahaya serta tidak mengikut undang-undang jalan raya.

Pada malam ketika kemalangan itu berlaku, aku mengalami kecederaan dalaman dan luaran namun aku bersyukur pada-Nya kerana masih lagi bernafas sehingga hari ini. Mohon agar pihak kerajaan, pihak UTHM dan mana-mana pihak bertanggungjawab agak memikirkan kaedah untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku.

Akibat kecederaan dari kemalangan ini, aku tidak dapat untuk menumpukan tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan akhir semester dan tidak dapat tidur dengan selesa. Rasanya dengan kecederaan bergini, akan mengambil masa satu bulan untuk pulih. Sampai di sini sahaja dahulu, sekadar sedikit sebanyak bingkisan kehidupan. Wassalam ~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -