Jumaat, Oktober 11, 2013

Audit: Projek UTHM tidak sempurna (Akhbar Sinar Harian - 9 Okt 2013)

NINA FARZUIN MD SHAROM
9 Oktober 2013.

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati pengurusan projek pembinaan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) adalah kurang memuaskan.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, ketiga-tiga projek membina masjid dan pusat Islam, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) serta kolam renang dan blok pentadbiran mengalami kelewatan sehingga kos pembinaan telah meningkat sebanyak 8.9 peratus daripada sejumlah RM78.48 juta kepada RM85.44 juta.

"Pembinaan masjid dan pusat Islam lewat disiapkan selama 547 hari, FPTP lewat selama 175 hari, blok pentadbiran lewat selama 484 hari manakala kolam renang masih belum diselesaikan.

"Laporan turut mendedahkan prestasi kerja kontraktor terlibat kurang memuaskan di mana hasil pembinaan kurang berkualiti dan reka bentuk serta spesifikasinya tidak bersesuaian," katanya.

Selain daripada itu, sebanyak 107 kecacatan dan kerosakan yang dilaporkan sehingga Oktober 2012 yang masih belum diambil tindakan oleh kontraktor.

Berdasarkan senarai kelemahan tersebut, Jabatan Audit Negara mengesyorkan supaya UTHM sentiasa memastikan kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna serta mencapai objektif pembinaan.

UTHM juga perlu membuat pemeriksaan menyeluruh dan memastikan semua kecacatan serta kerja pembinaan yang belum disiapkan diambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan kesilapan berulang.

Sumber : Akbar Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -