Sabtu, Julai 06, 2013

Linux : Cara menukar fail *.rpm kepada *.deb

Assalamualaikum & salam sejahtera, untuk memasang pakej fail *.rpm ke dalam distro berasaskan Debian, ianya mempunyai cara tersendiri. Disebabkan distro berasaskan Debian hanya menerima pakej fail *.deb sebagai pakej perisian maka sekiranya terdapat perisian khas tetapi telah di pakejkan dalam bentuk *.rpm maknanya anda perlu menukar fail tersebut terlebih dahulu.

Anda boleh menggunakan aplikasi "alien" untuk membantu tugas penukaran jenis pakej fail ini. Pasangkan dahulu ke dalam sistem operasi anda dengan arahan :
sudo apt-get install alien
Untuk menukar fail *.rpm kepada *.deb, caranya mudah sahaja (masukan arahan sebagai root):
sudo alien -k -d nama_fail.rpm 
Kemudian anda akan dapat lihat dalam direktori terbabit akan ada satu fail *.deb, anda boleh memasang fail tersebut seperti biasa iaitu :
sudo dpkg -i nama_fail.deb

Baiklah, itu sahaja buat kali ini. Wassalam ~

P/s : Aku tertanya-tanya, wujud ke pengguna sistem operasi linux kat UTHM ni? Kalau ada pun mesti jenis "hackers wannabe" (maksudnya orang yang guna Backtrack, Kali dan sebagainya untuk tujuan menggodam). Asyik-asyik layan sistem operasi Windows je aku nampak. Kalau yang kaya tu, layan sistem operasi Machintosh dalam macbook (tapi aku tengok macam n00b je diorg guna..haha). Apa pendapat anda?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -