Selasa, Julai 09, 2013

Peribadi : Andainya engkau mengerti perasaan hati ku ini

"Semakin jauh perjalanan semakin banyak rintangan"
Assalamualaikum & salam sejahtera di ucapkan kepada pembaca blog picisan ini. Sudah sekian lama aku memendam satu perasaan, mengenai IPT tempat aku menuntut ilmu demi segulung kertas yang dipandang sebagai orang berilmu iaitu Universiti Tun Husssein Onn Malaysia (UTHM).

Terdapat beberapa perkara yang tak kena dan telah berlaku di sini serta membebankan mahasiswa. Pertama sekali ialah sistem pembelajaran. Seperti mana kita faham pihak yang layak mengajar mahasiswa di dalam sesebuah universiti ialah pensyarah dan tutor. Aku tekan masalah ini kepada mereka yang bergelar tutor atau juga dikenali sebagai lab instructor, seperti mana yang terjadi di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), UTHM ialah kekurangan staff akademik.

Berpunca daripada masalah ini, diperhatikan ada antara mahasiswa daripada penuntut master memohon / terpilih / dipilih / dipaksa untuk menjadi tutor kepada mahasiswa ijazah sarjana muda. Tidak ku tahu apa kayu ukur yang diguna pakai untuk melantik mereka untuk menjadi seorang tutor. Terdapat masalah dalaman yang mungkin tidak terlintas di pemikiran pihak atasan (dekan, HEPA, Ketua jabatan dan sebagainya). Perkara tersebut juga amat bias untuk dibincangkan iaitu kematangan sikap & emosi, kesediaan sebelum & sewaktu P&P dan empati & simpati.

Terdapat bukti-bukti yang kukuh sebenarnya. Namun niat ku bukan nak menghentam individu mahupun kumpulan tersebut. Tak perlulah bukti-bukti yang di maksudkan itu dikongsikan secara umum disini. Ni memandangkan tahap pemikiran warga pengurusan dan akademik yang kurang profesional. Aku bukannya bersikap dingin seperti lagak salah seorang penyarah yang selalu mengeluarkan kata-kata tidak elok kepada pelajarnya melalui rangkaian sosial (tetapi aku hairan, ianya tak menjadi isu dan jika berlaku sebaliknya pula menjadi isu hangat dan dibincangkan / debat secara remeh temeh dan akhirnya mahasiswa terpaksa akur sahaja serta masalah awal tidak selesai). Berbalik pada isu tutor tadi, aku harap FSKTM akan mengambil mereka yang berkaliber, bersemangat dan mampu untuk menyampaikan ilmu dan layak digelar sebagai seorang tutor.

Bersambung ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -