Jumaat, Julai 19, 2013

Linux : Cara pasang VPN daripada VPN GATE (Debian / Ubuntu / Mint)

#1 - Pasang openVPN ke dalam sistem anda
sudo apt-get install openvpn network-manager-openvpn

#2 - Layari alamat dibawah ini
http://www.vpngate.net/en/
dan pilih lokasi pelayan openVPN yang anda berkenan. Sila muat turun fail konfigurasi tersebut (boleh pilih sama ada TCP mahupun UDP) untuk kategori openVPN sahaja.

#3 - Edit fail yang anda muat-turun tadi dengan menggunakan teks editor pilihan. Sila potongkan (cut) teks diantara tag <ca> dan </ca> kemudian salinkan (paste) teks yang dipotong tadi ke dalam fail baru dan simpankan sebagai ca.crt. Hasilnya akan kelihatan lebih kurang sebergini :


Simpan (save) fail *.opvpn yang telah anda potong (cut) tadi. Baiklah, sekarang anda akan ada 2 fail iaitu *.opvpn dan ca.crt , sila tempatkan fail tersebut di dalam direktori yang sesuai.

#4 - Klik pada ikon rangkaian (network) dan pilih
 VPN Connections -> Configure VPN -> Add -> Import a saved VPN connection 

Kemudian, cari fail *.opvpn yang telah anda ubah suai tadi dan tukarkan "Authentication" kepada jenis katalaluan (password). Klik pada butang "CA certification" dan masukkan fail ca.crt yang kita buat tadi. Akhir sekali masukkan nama pengguna dan kata laluan seperti berikut :
username: vpn
password: vpn
Keseluruhannya, hasil yang akan anda dapat ialah seperti gambar dibawah :


Simpan (save) dan anda telah boleh menggunakan VPN GATE untuk sistem operasi linux anda, hanya perlu klik pada ikon rangkaian dan pilih talian VPN. Semoga bermanfaat. Wassalam ~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -