Jumaat, Julai 26, 2013

skype: error while loading shared libraries: libGL.so.1

Selepas membuat pemasangan Bumblebee untuk kad grafik Nvidia, aplikasi Skype tak dapat digunakan. Sekiranya kita gunakan terminal untuk menjalankan skype, maklumat ralat yang diterima adalah seperti dibawah:

skype: error while loading shared libraries: libGL.so.1
Dari ralat di atas , menunjukan bahawa libGL.so.1 tak dapat dikesan. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mencari dimana kedudukan libGL.so.1 tersebut, melalui arahan :

user@b0x ~ $ locate libGL.so.1
kemudian cuba gunakan LD_PRELOAD untuk menguji fail rujukan tersebut melalui teknik injection

user@b0x ~ $ LD_PRELOAD=/usr/lib/i386-linux-gnu/mesa/libGL.so.1 skype
Sekiranya berjaya, cipta satu fail baru dengan arahan dan lokasi dibawah:

user@b0x ~ $ sudo nano /etc/ld.so.conf.d/skype.conf
dan masukkan lokasi fail tadi (contoh : /usr/lib/i386-linux-gnu/mesa/ ) dan simpan (save) fail tersebut. Akhir sekali ialah dengan membuat kemaskini fail perpustakaan / rujukan.

user@b0x ~ $ sudo ldconfig -v
Semoga bermanfaat. Wassalam ~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -