Khamis, Julai 25, 2013

Glade + Python : LAMPP / XAMPP Control Panel


Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya akan tunjukkan bagaimana hendak membuat control panel LAMPP anda sendiri menggunakan Glade dan Python.

Caranya mudah sahaja. Tak melibatkan kemahiran yang tinggi mahupun kompleks. Kod sumber untuk Python telah sedia ada dalam komputer anda. Kita akan binding dengan antaramuka menggunakan Glade.

Dengan wujudnya control panel ini, kerja anda akan menjadi semakin mudah. Maklum dah ada GUI, cuma tinggal perlu klik sahaja.

Saya andaikan anda telah pasang Glade ke dalam komputer anda (Jika belum ada, sila pasang pakej Glade tersebut melalui software manager untuk memudahkan kerja)

Masukkan arahan dibawah (untuk cipta fail baru di Desktop)
sudo nano ~/Desktop/Xampp.desktop

Kemudian masukkan teks dibawah dan simpan fail anda :
[Desktop Entry]
Name=Xampp Control Panel
Comment=Start or Stop XAMPP
Exec=gksudo python /opt/lampp/share/xampp-control-panel/xampp-control-panel.py
Icon=/opt/lampp/htdocs/favicon.ico
Categories=Application;Development;Web
Version=1.0
Type=Application
Terminal=0

Akhir sekali sila CHMOD fail anda tadi :
sudo chmod +x ~/Desktop/Xampp.desktop

Lihat pada lokasi Desktop anda. Satu aplikasi baru akan muncul dengan ikon LAMPP/XAMPP dan telah sedia untuk di gunakan oleh anda. Selamat mencuba ;)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -