Jumaat, Julai 26, 2013

Linux : Tutorial pemasangan BUMBLEBEE untuk linux MINT

Bagi pengguna kad grafik Nvidia pasti akan berhempas pulas untuk memasang driver ke dalam komputer mereka supaya dapat menggunakan kelebihan dan kekuatan nodes kad tersebut .

Linus Torvalds pernah melepaskan geram (sila lihat gambar disebelah) terhadap syarikat Nvidia kerana kurang menyokong untuk membuat proprietary drivers bagi pengguna sistem operasi linux.

Kebanyakkan komputer sekarang sudah didatangkan dengan teknologi hibrid (hybrid) iaitu mempunyai 2 kad grafik. Istilah yang dipanggil untuk mereka yang mempunyai kad tambahan / ke-2 yang mengunakan chipset Nvidia dikenali dengan Nvidia Optimus technology.

Baiklah berikut ialah cara memasang Bumblebee iaitu sistem untuk menggunakan kad Nvidia tersebut (pastikan driver Nvidia telah dipasang terlebih dahulu):
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-x-swat/x-updates
sudo add-apt-repository ppa:bumblebee/stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install linux-source linux-headers-generic
sudo apt-get install bumblebee bumblebee-nvidia

Sila restart komputer (init 3) anda dan masukkan arahan tersebut untuk mencuba dan menguji kad anda:
optirun glxspheres
Selamat berjaya..Wassalam~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -