Ahad, Ogos 18, 2013

Kemalangan Batu Pahat, Johor (Berhampiran UTHM) - 16 Ogos 2013

BATU PAHAT - Seorang remaja maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas berhampiran Jalan Besar Parit Jalil, Parit Sulong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa yang juga pembonceng motosikal, Mohamad Azlisham Rahim, 14, meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, nahas berlaku apabila moto- sikal Honda EX5 yang ditunggang seorang remaja bersama mangsa yang maut tiba-tiba hilang kawalan.

Menurutnya, selepas terbabas, motosikal itu terlanggar tiang elektrik di kawasan kemalangan.

“Penunggang motosikal yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera parah sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

“Manakala, mayat pembonceng yang maut juga dihantar ke HSNI untuk proses selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Din berkata, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pengguna jalan raya dinasihati lebih berwaspada ketika memandu bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kemalangan,” katanya.

Artikel ini dipetik daripada Akhbar Sinar Harian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -