Ahad, November 24, 2013

LAMPP : Permision denied "/op/lampp/htdoc" - FIXED!

Bila pasang XAMPP dalam linux, semua web files akan sumbat dalam folder htdocs. Tapi masalahnya. Asyik kena recursive chmod je folder website (htdocs) dan sangat leceh bila nak buat kerja (sangat busy beb!). Jadi, cara mudah.. kita letakkan bawah user dan group komputer kita sendiri. Tak faham? Ok. Contoh lah web saya tu dalam folder "pinktube" (bukan redtube ok?), dan saya nak buat index.php dalam tu.
$ touch /opt/lampp/htdocs/pinktube/index.php
touch: cannot touch ‘/opt/lampp/htdocs/pinktube/index.php’: Permission denied
Nampak tak masalah kat atas? Bayangkan ada banyak fail dan folder. Nak chmod 755 -R pun rasa malas klau ada banyak folder lain dan kena kerap kali buat macamni. Tu belum masuk lagi kes orang yang tak tahu guna recursive chmod. Mesti kojol kalau dia chmod fail satu per satu..kah..kah..

Penyelesaian Mudah :
===================
1. Kita kenal pasti user dan group:
$ who am i
Contoh output:
syasha      pts/1        2023-14-54 01:44 (:0)
* amik output yang depan sekali untuk kenal pasti user dan group , sebagai contoh diatas ialah "syasha"

2. Set direktori /op/lampp/htdocs/ tersebut dengan permision dari output user dan group di atas
$ sudo chown -R username:username /opt/lampp/htdocs
Klu ikot contoh aku, username tu perlulah ganti dengan syasha..bergantung pada komputer korang la.

3. Edit fail httpd.conf
$ sudo nano /opt/lampp/etc/httpd.conf
Cari maklumat bawah bahagian <IfModule unixd_module>
User deamon
Group deamon
Ganti deamon tu dengan user dan group anda sendiri. Simpan dan restart lampp anda. Ok selesai.. try la buat fail atau folder, dah takde masalah lagi.

Selamat mencuba!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -