Selasa, Disember 31, 2013

Selamat tinggal 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini bertarikh 31hb Disember 2013 adalah hari terakhir dan penutup buat tahun 2013. Angka '2013' adalah sebahagian daripada nama alamat weblog ini. Tidak membawa apa-apa makna pun cuma mungkin ia menjadi simbolik tersendiri yang tidak dapat diungkap.

Pejam dan celik dengan pantas masa berlalu pergi meninggalkan kita yang masih hanyut didalam buaian mimpi realiti dan fantasi. Bermacam suka dan duka telah kita lalui sepanjang tahun 2013. Aku dengan kisah aku yang tersendiri. Kamu dengan kisah kamu. Kita masing-masing hadir dengan jalan cerita, plot dan pengembaraan tersendiri...



Walau apa pun yang berlaku kita jangan putus asa. Teruskan hidup. Perjalan masih lagi jauh. Teringat pula beberapa hari lepas, sahabat ku mengadu dia sangat sedih sebab tidak pernah mendapat dekan sepanjang pengajian. Bersabarlah, teruskan berusaha. Namun kelak nanti bila berjaya jangan lupa pada rakan-rakan yang dibawah.

Aku tiada apa-apa yang hendak aku ungkapkan dalam entri terakhir buat tahun 2013 ini. Cuma aku berharap dan doakan tahun 2014 akan menjadi tahun yang bermakna buat aku.. wassalam~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -