Khamis, September 19, 2013

FIX : ERROR: Can't change MAC: interface up or not permission: Device or resource busy

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Pernahkah anda menggunakan MAC CHANGER ? Ianya digunakan untuk mengubah alamat fizikal pada kad rangkaian anda secara sementara ataupun kekal. Untuk menukar alamat MAC pada kad rangkaian bagi pengguna sistem pengoperasian Windows, anda boleh menggunakan TMACCHANGGER (sila cari sendiri, hint sudah diberi) manakala pengguna Linux boleh menggunakan MACCHANGER sahaja. Anda perlu mematikan servis sambungan capaian rangkaian anda terlebih dahulu sebelum mengubah alamat MAC jika tidak anda akan mendapat pesanan ralat :

ERROR: Can't change MAC: interface up or not permission: Device or resource busy

Langkah-langkah:
================
1. Matikan dahulu servis rangkaian anda:
faizura@cute ~ $ sudo service network-manager stop

2. Tukar alamat MAC kad rangkaian wlan0 anda:
faizura@cute ~ $ sudo macchanger -r wlan0
Permanent MAC: 68:8d:10:9f:19:d3 (Intel Corporate)
Current   MAC: 68:8d:10:9f:19:d3 (Intel Corporate)
New       MAC: 4e:97:cd:e5:f5:85 (unknown)

3. Hidupkan kembali servis rangkaian:
faizura@cute ~ $ sudo service network-manager start

Siap! Mudah je kan? Selamat menggodek...Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -