Khamis, September 12, 2013

TITAS : HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaranmya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut

  • Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

  • Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -