Isnin, Mei 20, 2013

C : Fungsi perpustakaan atoi()

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Hari ni aku jumpa 1 fungsi yang sangat menarik untuk dikongsikan berkaitan pengaturcaraan bahasa C. Terdapat satu fungsi terbina daripada fail perpustakaan <stdlib.h> yang boleh manipulasikan string dan integer. Bertindak untuk menapis parameter yang di hantar kepadanya kepada nilai integer sahaja.Fungsi yang dimaksudkan ialah atoi() , juga dikenali sebagai ASCII to Integer.

Fungsi int atoi(const char *str) akan menukar parameter str kepada integer (int). Fungsi ini akan membuang whitespace yang terkandung dalam parameter yang dihantar kepadanya terlebih dahulu. Sekiranya fungsi ini tidak memenuhi kehendak, maka ia akan memulangkan nilai 0.

Contoh aturcara :
#include <stdio.h>
#include <stdlib.h>
#include <string.h>

int main()
{
   int val;
   char str[20];

   strcpy(str, "1234567890");
   val = atoi(str);
   printf("String value = %s, Int value = %d\n", str, val);

   strcpy(str, "0x2013.blogspot.com");
   val = atoi(str);
   printf("String value = %s, Int value = %d\n", str, val);

   return(0);
}

Hasil :
String value = 1234567890, Int value = 1234567890
String value = 0x2013.blogspot.com, Int value = 0

Itu sahaja daripada saya. Semoga bermanfaat. Sekian terima kasih. Wassalam ~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -