Selasa, Mei 14, 2013

Kemalangan Bas Sikun Jaya UTHM ( 14 Mei 2013 )

Assalamualaikum & salam sejahtera, Seperti biasa ada sahaja berlaku kemalangan di jalan raya hadapan kawasan Universiti Tun Hussein Onn. Hari ini, berlaku kemalangan membabitkan pengangkutan awam universiti iaitu perkhidmatan bas ulang-alik. Kemalangan melibatkan sebuah bas Sikun melanggar jentera berat backhole ditepi jalan. Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 10 pagi, 14 Mei 2013.

Berdasarkan sumber yang diperolehi kemalangan berlaku adalah daripada kesilapan pemandu bas Sikun Jaya kerana merempuh belakang jentera berat backhole yang berada di tepi jalan raya tersebut. 

Berdasarkan gambar di atas, papan tanda awas telah diletakkan di tepi jalan. Namun malang tidak berbau. Untuk kupasan, laluan lurus daripada Parit Raja sehingga hadapan Universiti Tun Hussein Onn menuju ke bandar Batu Pahat adalah antara jalan yang paling sibuk di Malaysia. Kebanyakkan pemandu tidak membawa kenderaan secara selamat dan berhemah. Ramai pemandu memecut dengan laju ketika membawa kenderaan masing-masing. Keadaan jalan yang berlubang dan bumping juga salah satu faktor yang menyumbang kepada kemalangan. Suasana bertambah sibuk dan berbahaya pada waktu kemuncak. 

Pejalan kaki juga sangat risau untuk melintas jalan raya dihadapan UTHM. Ramai pemandu dan pembonceng yang melanggar lampu isyarat tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 

Sikap penduduk kampung yang keluar masuk simpang perkampungan (parit-parit) dengan kenderaan masing-masing  secara mengejut juga adalah amat tidak wajar.   Pesanan saya, sama-samalah kita menjaga keselamatan diri dan orang lain. Wassalam ~





0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -