Rabu, Mei 29, 2013

ISU MENGENAI SIKAP PELAJAR UTHM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini aku menulis sesuatu yang agak peribadi dan menyentuh tentang sikap kemanusian di kalangan mahasiswa tempatan. Secara terus terang dan telus aku letakkan tajuk mengenai UTHM, berharap agak penulisan ini akan menjadi bahan bacaan agak kita semua dapat membaiki kelemahan yang sudah lama wujud ini. Sebuah artikel yang akan menyentuh satu belah pihak sahaja iaitu pelajar. secara asasnya kandungan intipati Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ini adalah terdiri daripada pelajar mengerakkan hala tuju universiti ini.

Bermula mengenai pemikiran logik dan membuat keputusan kritikal, saya perhatikan ramai mahasiswa lemah dan tak mampu untuk memahami sesuatu situasi dengan baik. Sekaligus ramai membuat keputusan secara suka-suka dan melulu. Tanpa memikirkan mengenai kesan yang mungkin timbul serta spekulasi yang wujud. Sebagai contoh mudah, saya cuba terang mengenai perkara ini melalui situasi di mana terdapat sekumpulan mahasiswa yang terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan sedang berkumpul sebagai persediaan penyampaian projek mereka. Dalam perbincangan tersebut, mereka memilih untuk membuat undi melalui teknik "kotak beracun", maka sesiapa yang terpilih akan membuat penyampaian. Di sini kita dapat lihat, berlaku tidak keberkesanan dalam membuat keputusan. Mereka sepatutnya berkumpul dan berbincang dan meletakkan stategi yang sesuai untuk membuat penyampaian yang berkesan. Mereka juga haruslah bersikap adil. Tindakan tanpa menitik beratkan kesan yang mungkin berlaku menunjukkan pemikiran logik adalah amat rendah dan berlakulah keputusan kritikal yang lemah.

Pembaziran masa berbincang, daripada pandangan saya. Perbincang kerja dalam berkumpulan sudah menjadi tidak berkesan. Komunikasi telah menjadi kurang efektif. Terlalu ramai yang pandai bercakap, namun sayangnya hanya tin kosong yang kuat berbunyi. Perbincangan yang sepatutnya membawa kepada penyelesaian masalah tidak lagi sesuai. Mereka yang pandai mengunakan kata-kata telah menabur banyak janji manis dan palsu. Kebanyakan masih lagi tidak mampu untuk bertindak. Akhirnya perbincangan hanya tinggal perbincangan. Kerja langsung tak terjalan, masalah tiada penyelesaian dan masa terhakis dibazir oleh waktu perbincangan yang terlalu panjang. Para mahasiswa harus meletakan bom masa dalam perbincangan. Perhatikan siapa yang berkaliber dan mampu untuk membawa penyelesaian. Pastikan bukan mereka yang hanya pandai bercakap sahaja tetapi mampu bertindak.

Adab serta tatasusila juga penting bagi seseorang yang bergelar mahasiswa. Bukalah mata dan lihatlah ke dunia sebenar. Hormatilah mereka yang patut dihormati. Berbeza pula dengan hormatilah mereka yang tua. Pada dasarnya, kita berada di universiti yang dipacu oleh staff dan pensyarah. Namun mereka bukannya sempurna, ada kalanya perasaaan ego dan cuba mengambil kesempatan datang di godaan syaitan yang di rejam. Jangan takut bersuara dan bertindak. Perjuangkanlah hak kamu. Jangan terikat atas adab dan adat. Jangan biarkan kesilapan orang atasan di letakkan atas bahu kita dan dipersalahkan atas silap yang tidak kita lakukan. Hormatilah mereka yang memahami erti hormat antara satu sama lain dan jagalah tatasusila dalam perjuangan kamu. Jangan pula terlalu ikutkan darah muda dan pengalaman yang cetek kamu. Realisasikan pandangan dan wawasan yang jauh kehadapan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -