Selasa, Mei 07, 2013

Tutorial : "vmware-hostd.exe" vs Web Server & Port 443

Assalamualaikum & salam sejahtera ke atas kamu, seperti tajuk artikel ini, berkaitan port HTTPS iaitu port 443 tidak dapat digunakan oleh aplikasi pelayan seperti nginx , apache dan sebagainya sekiranya komputer anda ada memasang aplikasi VMware. Ini disebabkan terdapat servis VMS (Virtual Machine Server) yang diaktif secara automatik setiap kali komputer dihidupkan melalui tetapan lalai. 

Cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengubah tetapan di ruang panel VMware untuk mematikan fungsi VMS atau menukar kepada port lain (Dicadangkan untuk menukar kepada port 449).

Ataupun anda boleh hentikan servis tersebut daripada berjalan sewaktu anda menggunakan komputer ataupun menghalang servis tersebut daripada diaktifkan secara automatik dengan mengubah tetapan servis (services.msc) .Terpulanglah pada anda untuk memilih cara yang mana satu. Saya menulis artikel ini disebabkan ada sesetengah pihak yang mengambil keputusan untuk membuang perisian VMware daripada komputer mereka semata-mata untuk menggunakan port tersebut dan memasang balik VMware bila diperlukan. Sebaiknya mereka patut mengenali komputer lebih mendalam supaya boleh mengunakan sumber komputer secara efektif.

Sekian tutorial ringkas daripada saya. Wasssalam ~  

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -