Ahad, Mei 05, 2013

Tutorial : Cara menggunakan MySQL melalui CMD / terminal (XAMPP)

Assalamualaikum & salam sejahtera ...
Kebiasaannya, orang yang mula belajar PHP dan MySQL akan gunakan XAMPP (Cross Apache MySQL Php & Perl). Perisian XAMPP ini ada pelbagai variasi, namun saya cadangkan anda jangan gunakan XAMPP portable lite, sebab ada beberapa ralat di dalam pakej tersebut. Baiklah, artikel saya akan menyentuh kepada pengguna sistem operasi windows sahaja. Jadi saya andaikan anda telah memasang XAMPP kedalam sistem operasi windows anda. Berbalik kepada tajuk, saya akan tunjukkan bagaimana cara hendak menggunakan cmd / terminal untuk mengakses MySQL dalam pakej XAMPP anda. Ketika saya menulis artikel ini, XAMPP yang terkini ialah Versi 1.8.1 (30.9.2012). Ada baiknya untuk anda kemas-kini fail XAMPP kepada versi terkini.

Cara menggunakan MySQL melalui CMD / terminal ===========================
Langkah 1: 
Hidupkan servis MySQL dan buka cmd / terminal anda kemudiannya ketikan arahan "cd .." dan "cd" untuk memasuki direktori XAMPP yang telah anda pasang. Arahan ini agak subjektif, kemungkinan ada sedikit perbezaaan pada komputer anda. Namun saya sediakan contoh arahan yang saya ketikan :
C:\Users\user>cd ..
C:\Users>cd ..
C:\>cd xampp/mysql/bin

Langkah 2 :
Setelah memasuki direktori XAMPP/MySQL/bin anda perlu log masuk kedalam sistem pangkalan data terlebih dahulu. Secara lalai XAMPP menggunakan nama pengguna sebagai "root" dan tidak mempunyai katalaluan. Sila ketikan arahan seperti dibawah :
mysql.exe -u root -p 
Sekiranya tiada masalah anda akan mendapat terminal "mysql >" mengantikan CLI cmd/terminal lama anda.

Langkah 3:
Pada langkah ini, anda sebenarnya telah berjaya untuk menggunakan SQL kedalam cmd / terminal. Namun saya selitkan sedikit panduan asas untuk tambahan nota.

Ketikan arahan "show databases" untuk melihat senarai pangkalan data, sebagai contoh :
mysql> show databases;         
+--------------------+         
| Database           |         
+--------------------+         
| information_schema |         
| _szsqli_mysql      |         
| cdcol              |         
| codejudge          |         
| dvwa               |                 
| mysql              |         
| performance_schema |         
| phpmyadmin         |                          
| webauth            |         
| wikka              |         
+--------------------+         
10 rows in set (0.01 sec)                      

Untuk memilih pangkalan data yang anda ingin manipulasikan sila ketikan "use", sebagai contoh saya ingin memilih dan menggunakan pangkalan data dvwa.
mysql> use dvwa;                                                                                                                          
Database changed
mysql> select user, password from users;           
+---------+----------------------------------+     
| user    | password                         |     
+---------+----------------------------------+     
| admin   | 5f4dcc3b5aa765d61d8327deb882cf99 |     
| gordonb | e99a18c428cb38d5f260853678922e03 |     
| 1337    | 8d3533d75ae2c3966d7e0d4fcc69216b |     
| pablo   | 0d107d09f5bbe40cade3de5c71e9e9b7 |     
| smithy  | 5f4dcc3b5aa765d61d8327deb882cf99 |     
+---------+----------------------------------+     
5 rows in set (0.00 sec)                                                                                                                                                       
Baiklah itu sahaja daripada saya, selebihnya anda boleh manipulasikan sendiri pangkalan data anda mengikut kesesuaian sistem serta kehendak anda sendiri. Wassalam ~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -