Sabtu, Mei 11, 2013

Kehidupan Pelajar Universiti

Semakin hari semakin membosankan
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Dengan pantas masa berlalu, hanya tinggal 29 hari sahaja sebelum peperiksaan akhir semester sewaktu artikel ini ditulis. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Coretan kehidupan mahasiswa semakin membebankan.

Kadang-kadang aku tertanya, adakah memang menjadi tali ukur seseorang mahasiswa melalui pencapaian akademiknya sahaja. ? Bagaimana pula dengan pensyarah? Dalam semester ini, ada beberapa kelas aku hadiri mempunyai tenaga pengajar yang entah apa-apa. Mengajar pun tak reti, tapi demand dengan pelajarnya. Masalah sungguh kalau macam ni. Macam mana lah pensyarah macam ni boleh ada kat Universiti Tun Hussein Onn ni. 

Banyak subjek aku kena ulang kaji sendiri. Datang kelas langsung aku tak dapat apa-apa input. Pensyarah asyik baca slide je. Oh, ya.. slide tu pun pensyarah ambil daripada sumber internet (slide yang dah siap). Kreadit hasil kerja asal pun dipadam dan pensyarah tersebut meletakkan nama dia. Bukankah itu plagiat ? Disebabkan adanya slide yang "siap untuk digunakan" yang boleh dimuat-turun dari internet membuatkan pensyarah kurang bersedia. Mereka datang mengajar pelajar untuk membaca sahaja. Bukan menurunkan ilmu. Oh, ya aku agak menyampah bila pensyarah mengeluarkan kata-kata "kami dulu belajar cari nota sendiri". Yelah tu, kamu buat nota pun "cari sendiri" kan?

Berbalik pula kepada pelajar. Dalam aktiviti berkumpulan untuk menyiapkan tugasan atau projek. Mahasiswa patutnya mempunyai stategi untuk menang dan berjaya. Tapi malangnya pelbagai masalah yang timbul. Terutamanya sleeping-partner yang memang membuatkan aku rasa geram sangat. Ada juga sikap sesetengah pelajar yang ambil lewa. Maklumlah dah rasa diri tu terlalu pandai.

Sampai disini sahaja aku menulis. Sekadar meluahkan pada yang tak senang dihati ini. Wassalam~


0 ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada penulis :
Selamat datang ke 0x2013LΣΣT. Sekiranya anda mempunyai persoalan, pandangan, permintaan, bantuan, cadangan dan sebagainya. Tinggalkan pesanan anda ke dalam kotak komen. Terima kasih !
- http://0x2013.blogspot.com -